Word of Mouth Virtual Convention

TOPIK 1: "YOU HAVE UNLOCKED YOURSELF"


Tahniah & Syabas!

Anda telah menemui kunci bagi mengubah hidup anda.



Cuba Anda Renungkan Seketika, Kemudian cuba kenal pasti kedudukan anda sekarang..

1. Terdapat 2 jenis golongan yang berada disamping anda;
• 1 golongan yang ingin melihat anda berjaya dalam hidup, sering membantu apabila anda menghadapi kesusahan, tidak jemu memberi kata-kata peransang , dorongan, idea kepada anda tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

• 1 golongan lagi merupakan golongan yang sentiasa beranggapan negatif terhadap sesuatu yang ingin anda lakukan, mempunyai perasaan iri hati apabila anda berjaya, sentiasa mempunyai hasrat untuk menjatuhkan anda dan yang paling utama, sentiasa memberi jawapan “TIDAK” kepada perubahan yang ingin anda lakukan.

2. Seseorang yang ingin berjaya didalam hidup perlu melakukan beberapa perkara berikut;
• Sentiasa mencari peluang untuk mengubah kehidupan sedia ada kepada keadaan yang lebih selesa. Peluang itu wujud dalam pelbagai bentuk. Tuhan telah mengurniakan kepada kita akal fikiran yang sempurna, maka.. cuba kenali potensi diri anda untuk merebut peluang tersebut. Peluang yang hadir dalam hidup anda jarang-jarang datang untuk kali yang berikutnya.

• Jika anda pernah gagal dalam kehidupan, jangan biarkan ianya menjadi igauan ngeri anda. Gagal sekali tidak bererti anda akan gagal selamanya. Cuba kenal pasti punca kegagalan anda. Jangan putus asa, cari jalan untuk memperbaiki kesalahan yang pernah anda lakukan. Bina semangat yang baru. Dan yang paling utama, “JANGAN” ulangi kesalahan yang sama.

• Dalam kehidupan yang kita lalui seharian, memang banyak pilihan yang perlu dibuat. Kadangkala, amat sukar bagi anda untuk membuat sesuatu keputusan kerana ia melibatkan lebih dari 1 pilihan. Jangan buat keputusan terburu-buru. Ambil masa untuk tenangkan diri seketika. Buat keputusan secara rasional. Keputusan yang anda buat akan memberi impak pada masa depan anda sendiri.

• Disiplin diri perlu ada dalam diri anda. Mengapa? Kerana jika diri anda tidak diterapkan dengan disiplin, kebarangkalian untuk anda mengecapi impian anda hanya dipertengahan jalan. Disiplin diri mengajar anda untuk mengatur hidup anda supaya lebih sistematik.

• Buka minda anda. Jangan biarkan minda anda didalam kepompong. Cuba lihat, orang yang berjaya membuka minda mereka, membolehkan mereka meneroka peluang-peluang baru yang selama ini kita fikirkan ianya suatu yang mustahil. Benarkan? Mereka berjaya membuktikan sesuatu yang dahulunya mustahil, kini ianya boleh direalisasikan. Jika anda masih tidak boleh mengubah persepsi fikiran anda, anda akan sentiasa jauh ketinggalan.

• Mohon petunjuk dari-Nya, Tawakal dalam melakukan sesuatu tindakan. Banyakkan berdoa agar dikurniakan kemurahan rezeki, dipermudahkan dalam segala urusan. Sekiranya anda menghadapi kesulitan, jangan cepat melatah. Rujuk masalah anda kepada mereka-mereka yang arif dalam urusan penyelesaian masalah.